PENANJONG GARRISON, Thursday, 10 July 2025 - The Joint Forces Headquarters Royal Brunei Armed Forces (JFHQ RBAF) concluded a pivotal joint exercise in preparation for the upcoming celebration of His Majesty's 79th Birthday. Central to this preparation was a rigorous two-day Field Training Exercise (FTX) conducted at the FIBUA Complex, Penanjong Garrison. This exercise brought together all RBAF units alongside key security agencies that were previously engaged in the Table-Top Exercise (TTX) and Command Post Exercise (CPX), emphasising the critical role of each unit and operational readiness.
Present on the ground during the exercise was Colonel Aldi bin Haji Hassan, Acting Joint Force Commander. The FTX operations was fully centralised at the FIBUA Complex to simulate the actual event taken place in Bandar Seri Begawan where all components are deployed including Exercise Control (EXCON), Joint Operation Centre (JOC), Joint Operation Room (JOR), and all participating units. The FTX served as an essential platform to translate theoretical planning into practical application designed to enhance decision-making capabilities, inter-agency coordination, and communication flow within a realistic operational environment.
The execution of the FTX reflects the RBAF's unwavering commitment to a 'Whole-of Government Approach'. Through fostering integrated cooperation between the RBAF and the key security agencies involved, the FTX was able to identify communication gaps, whilst building strong and dedicated frontliners committed to safeguarding the nation's security.










MAB ABDB TINGKATKAN KESIAPSIAGAAN OPERASI MELALUI LATIHAN FIELD TRAINING EXERCISE (FTX)
PENANJONG GARISON, Khamis, 10 Julai 2025 – Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB) telah melaksanakan latihan bersepadu bagi persiapan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Ke-79 Tahun. Fokus utama latihan adalah Field Training Exercise (FTX) yang dijalankan selama dua hari di Kompleks FIBUA, Penanjong Garison. Latihan ini menggabungkan semua unit ABDB bersama agensi keselamatan utama yang sebelum ini terlibat dalam Table-Top Exercise (TTX) dan Command Post Exercise (CPX) dengan menekankan peranan penting masing-masing dan kesiapsiagaan operasi.
Turut hadir menyaksikan latihan secara dekat ialah Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama. Latihan FTX beroperasi sepenuhnya di Kompleks FIBUA untuk menggambarkan acara sebenar yang akan berlangsung di Bandar Seri Begawan, di mana semua komponen telah dikerahkan termasuk EXCON, Pusat Gerakan Bersama (JOC), Bilik Operasi Bersama (JOR), serta semua unit yang terlibat. Latihan FTX ini berfungsi sebagai platform penting untuk menterjemahkan perancangan teori ke dalam latihan secara praktikal yang direka untuk meningkatkan keupayaan dalam membuat keputusan, penyelarasan antara agensi, dan aliran komunikasi dalam persekitaran operasi yang realistik.
Perlaksanaan latihan FTX ini mencerminkan komitmen teguh ABDB terhadap pendekatan 'Whole-of-Government Approach'. Dengan memupuk kerjasama bersepadu di antara ABDB dan agensi keselamatan utama yang terlibat, latihan FTX telah berjaya mengenal pasti jurang komunikasi serta membina satu barisan hadapan yang teguh dan berdedikasi untuk menjaga keselamatan negara.